Followers

Monday 12 May 2014

Jalan Ke Syurga Melalui Ibu Bapa

Imam Tarmidzi dalam kitab sunannya menyebut dengan sanad hasan daripada Abu Darda' bahawa seorang lelaki mendekatinya lalu mengadu :

"Aku mempunyai seorang isteri tetapi ibuku (dalam riwayat lain, bapaku) menyuruh aku supaya menceraikannya!" Abu Darda berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :

"Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terpulanglah kepada kamu, mahu mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya."

Salah satu hadis menunjukkan betapa besarnya hak bapa ialah Iman Muslim, bahawa Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Anak tidak dapat membalas budi ibu bapa kecuali bila dia dapati ibu bapanya itu menjadi hamba, lalu dia beli dan memerdekakannya."

Petikan : Ayah dan Ibu Izinkan Aku Ke syurga



Oleh yang demikian, jelaslah bahawa segala apa yang ibu dan bapa kita katakan wajar kita ikuti melainkan menyuruh kita melakukan perkara yang haram dan salah di sisi Allah s.w.t. Ibu dan bapa harus kita hormati kat-katanya, tundukkan pandangan ketika mereka bercakap dan sentiasa akur walaupun apa sahaja katanya.

Jangan diherdik keduanya kerana kelak membawa kita ke pintu neraka jahanam. Nauzubillah.

No comments: