Rujukan : Beriman Kepada Malaikat
Terbitan : Kemilau Kids
Assalamualaikum.
Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah yang diciptakan dari cahaya. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan "Para malaikat diciptakan daripada cahaya, Jin diciptakan dari lidah api. Sedangkan Adam diciptakan daripada apa yang telah diceritakan kepada kamu"
Seperti yang telah dijelaskan di dalam al Quran, Allah menciptakan malaikat sebelum Adam a.s. Para malaikat adalah mahkluk yang tidak makan dan minum serta juga tidak beranak.
Malaikat ini mempunyai sifat yang khusus:
1. Boleh berubah bentuk. Allah berfirman,
" Dan ceritakan kisah Maryam di dalam Al Quran, iaitu ketika ia menjauhkan diri daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur, maka dia mengadakan tabir (yang melindunginya) daripada mereka, lalu Kami mengutuskan roh kami kepadanya, maka dia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia yang sempurna".
(Maryam : 16 -17)
Roh yang dimaksudkan itu adalah malaikat Jibrail a.s yang diberi kuasa oleh Allah s.w.t berubah bentuk menjadi manusia yang gagah dan tampan.
2. Mampu naik ke langit tertinggi.
" Para malaikat dan Jibrail naik (mengadap) Tuhan dalam masa sehari bersamaaan dengan 50 000 tahun".
(Al Ma'arij :4)
3. Malaikat diciptakan dengan bentuk yang agung melebihi keagungan manusia. Dalam hadis ada dijelaskan bahawa ketika perjalanan Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w melihat rupa malaikat Jibrail a.s.yang memiliki 600 sayap dan setiap sayapnya mengeluarkan permata yang indah.
4. Para malaikat juga sangat teratur dan tersusun dalam barisan mereka, patuh, tunduk dan taat menyembah Allah s..w.t
5. Para malaikat tidak pernah melanggar perintah Allah. Mereka melakukan apa sahaja yang diperintahkan kepada mereka secara berterusan. Allah berfirman,
"Dan para malaikat yang di sisiNya, tidak ada perasaan angkuh untuk menyembahnya dan tidak pula berasa letih. Mereka sentiasa bertasbih malam dan siang tanpa henti".
(Al-Anbiya' : 19-20)
Diperjelaskan lagi,
"Sebenarnya para malaikat itu adalah hamba-hamba yang dimualiakan, mereka tidak mendahuluiNya dengan perkataan dan mereka mengerjakan segala perintahNya
(Al-Anbiya' : 26-27)
6. Para malaikat adalah makhluk Allah yang tidak memiliki sifat lupa mengenai perkara yang telah diajarkan dan apa yang diperintahkan Allah kepada mereka.
"Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat) yang mengawasi (tingkah lakumu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (perbuatanmu), mereka mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan".
(Al -Infithar : 10-12)
1 comment:
sentiasa beringat bahawa malaikat sentiasa ada utk mencatat dosa dan pahala di kiri dan kanan kita ...
Post a Comment