Followers

Sunday, 11 May 2014

Cara Memupuk Nilai Iman Di Hati Anak-anak Melalui Kisah Pendek

Assalamualaikum.

Bagaimanakah cara yang terbaik untuk memupuk nilai keimanan dalam jiwa anak-anak kita? Cara yang paling mudah adalah dengan cara memberitahu atau menceritakan sebuah kisah pendek kepada mereka. Kisah yang menyentuh jiwa anak-anak semasa kecil akan menjadi pengaruh dalam pertumbuhan mereka di masa hadapan kelak.

Jiwa anak-anak ini suci yang hanya pandai meniru apa sahaja yang mereka lihat dan dengar. Tahap kepekaan dan daya simpan memori juga amat menakjubkan. Oleh yang demikian, sesuailah sekiranya hati anak-anak ini kita hiasi dengan kisah pendek berlandaskan iman, terumatanya kisah yang berasaskan rukum iman.

Tak perlu kita menjelaskan secara terperinci, cukup dengan gaya bahasa yang santai, ilusttasi bergambar yang mampu menarik minat mereka untuk mengetahui lebih mendalam. Kita ceritakan kisah-kisah pendek yang menjadi teladan kepada masyarakat kita sebagai contoh mengenai keperibadian Rasulullah s.a.w. Tentang malaikat, tentang Al Quran.

Buat perkara yang asas dahulu untuk beri mereka faham . Kita ajarkan anak-anak tentang ayat-ayat dari al Quran. Kisah di dalam Al Quran dan sebagainya. Memupuk nilai-nilai iman dan tauhid dalam diri anak-anak sejak kecil bakal membentuk peribadi yang berakhlak mulia, teguh dan taat beribadah kepada Allah s.w.t.

Akan diceritakan kisah-kisah pendek yang boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang.

No comments: